TAWAU (Merotai): Usaha mengekalkan adat dan budaya pelbagai suku kaum di negara ini khususnya di kawasan-kawasan luar bandar perlu dipertahan serta dipulihara sebagai landasan mencerna penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan kuat sesebuah masyarakat atau etnik negeri ini.
Selain itu katanya, bagi mengwujudkan masyarakat penyayang yang menganjur budaya saying menyayangi yakni system sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insane tidak hanya berkisar kepada negara atau individu tetapi merangkumi sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.
“ Wawasan 2020 yang dilancar kerajaan merupakan matlamat menuju kea rah negara maju mengikut acuan sendiri dengan mengenal pasti agenda sosial perlu diketengahkan seperti yang terkandung dalam ketujuh cabaran wawasan 2020,” kata Nasir.
Nasir berkata demikian sempena merasmikan Upacara Pasak Indong majlis Khenduri Adat Kaum Tidong di Kuala Merotai.
Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Sabah (JKKWNS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Persatuan Tidong Sabah (PTS) itu dihadirisama Ahli Parlimen Libaran merangkap Presiden Persatuan Tidong Sabah, Datuk Juslie Ajirol, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Sabah, Mesran Mohd Yusop, wakil Presiden Majlis Perbandaran tawau, Halimah Yahya serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Antara lain objektif utama upacara yang diselenggara bersama JKKW negeri Sabah dan MPT serta Persatuan Tidong Sabah itu ingin mengekalkan tradisi khenduri adapt di kalangan masyarakat setempat, memupuk semangat gotong-royong,muafakat dan kerjasama,mengwujud hubungan baik antara pemimpin dan rakyat melalui aktiviti senibudaya, menjalin hubungan dan interaksi di kalangan masyarakat berbilang etnik kea rah melahirkan masyarakat penyayang,bersatupadu serta memastikan senibudaya dan nilai murni warisan bangsa dapat dipertahankan,dipulihara dan didokumentasi sebagai bahan rujukan dan sumber ilmu.
Pasak Indong atau naik buai yang diamalkan suku kaum Tidong di Sabah merupakan istiadat khusus bagi anak yang baru dilahirkan yang akan dilangsungkan semasa bayi berumur tujuh hari hingga 27 hati atau tiga bulan.
Upacara itu akan dimulakan dengan ibu bayi di bawa turun menjejaki tanah sebagai tanda tempoh berpantang sudah berakhir dan si ibu akan melalui beberapa upacara seperti memijak batu asah dan meminum air putih yang disediakna mak bidan.
Bagi memulakan upacara tersebut bayi akan diletakkan di atas dulang yang dialas dengan `Gabol Lipet Raja Bersila ‘ iaitu tujuh helai kain sarung berlipat sebagai alas bayi yang diletakkan dalam dulang.
Upacara akan dimulakan oleh mak bidang berserta tujuh orang wanita tua memasukkan bayi bersama sehelai kain Gabol Lipet Raja Bersila di dalam buaian dan dikeluarkan sambil diletakkan di atas dulang sehingga berulang tujuh kali dibantu secara bergilir tujuh orang wanita tua sehingga helaian terakhir.
Selain itu upacara keagamaan Berzanji dan doa selamat diikuti upacara `Gunting Abuk ‘ ( gunting rambut akan diterusnkan sementara bayi yang dilahirkan pada bulan Safar akan menjalankan upacara `Penimbangan’ ( bayi ditimbang dengan pelbagai jenis buah-buahan dan kuih-muih tradisi suku kaum Tidong).
Khenduri Adat yang menjadi tradisi dan amalan dalam masyarakat dan suku kaum di Sabah kian pupus dan terpinggir akibat pengaruh kehidupan moden yang melanda masyarakat hari ini seharusnya dipulihara dan dihidupkan kembali sebagai wadah penerapan nilai-nilai budi dan daya (budaya) dikalangan rakyat sekaligus sebagai landasan mengwujudkan semangat muafakat,kerjasama dan toleransi kaum melalui amalan bergotong royong kea rah perpaduan kaum.